Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
“Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat“. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya“. Kemudian beliau menyebutkannya:
- Asap,
- Dajjal,
- Binatang,
- terbit matahari dari tempat tenggelamnya,
- turunnya Isa bin Maryam alaihissalam,
- Yakjuj dan Makjuj,
- tiga kali gempa bumi, sekali di timur,
- sekali di barat dan
- yang ketiga di Semenanjung Arab
- yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R. Muslim)
ASAP
- Apakah yang dimaksudkan dengan asap?
Yang
dimaksudkan dengan asap ialah asap seumpama kabut atau jerebu yang
menyelubungi antara langit dan bumi dan mengenai semua manusia.
Dajjal
Dajjal
yang dimaksudkan itu bukan individu tertentu, sama ada jin atau manusia
atau makhluk kacukan antara jin dan manusia. Dajjal pemusnah manusia
dalam bentuk kuasa ketenteraan atau disebut juga keganasan. Tetapi
istilah keganasan ini telah dikelirukan oleh Dajjal sendiri, apabila
pengganas menamakan orang lain sebagai pengganas bagi tujuan
menyembunyikan dirinya yang merupakan pengganas sebenar.
Binatang
(Ilustrasi Gambar)
Maha
suci Allah yang telah membuat segala sesuatunya berbicara sesuai dengan
yang Ia kehendaki. Termasuk dari tanda-tanda kekuasaanya adalah ketika
terjadi hari kiamat akan muncul hewan melata yang akan berbicara kepada
manusia sebagaimana yang tercantum dalam Al-Qur’an, surah An-Naml ayat
82,
Yakjuj dan Makjuj
Berbalik
semula kepada tajuk asal, sebelum munculnya Yakjuj dan Makjuj untuk
membuat kekacauan di dunia ini, terdapat pelbagai peristiwa aneh yang
akan berlaku sebelum kedatangannya itu. Di antara perstiwa-peristiwa
tersebut adalah, keluarnya asap dukhan yang memenuhi timur dan barat
bumi (tanda kiamat yang pertama), kemudian munculnya Imam Mahdi,
munculnya si laknat Dajjal, dan turunnya kembali Nabi Isa a.s untuk
membunuh si laknat Dajjal lalu mencorakkan kembali dunia yang telah
rosak akibat dari perperangan Armageddon iaitu perperangan di antara
tentera Khilafah pimpinan Imam Mahdi dengan tentera Freemason pimpinan
si laknat Dajjal.
|
Si
laknat Dajjal merupakan pemimpin terhadap anggota kumpulan
Freemason/Illuminati, manakala Imam Mahdi pula adalah pemimpin terhadap
anggota kumpulan Khilafah. |
Setelah
Nabi Isa a.s berjaya membunuh si laknat Dajjal di pintu gerbang Kota
Lud/Lydda iaitu di Lapangan Terbang Ben Gurion di Israel. Maka
malapetaka masih lagi terus menimpa umat Islam! Kini terdapat mata-mata
yang sedang mengintai dunia melalui pergunungan-pergunungan tinggi di
wilayah utara bumi iaitu di banjaran Himalaya, banjaran Caucasus,
banjaran Tien Shan dan banjaran-banjaran lain yang berdekatan dengannya.
Musuh kali ini ternyata lebih hebat dan dasyat berbanding si terkutuk
Dajjal bersama para pengikutnya (Freemason dan Zionis) sehinggakan Nabi
Isa a.s sendiri dan seluruh kaum muslimin pun tidak mampu untuk
melawannya!
|
Lapangan Terbang Ben Gurrion atau Gerbang Lud. Di sinilah tempat si laknat Dajjal akan dipancung oleh Nabi Isa kelak |
Cuba
bayangkan betapa dasyatnya malapetaka akhir zaman kelak (harap ia tidak
lagi berlaku semasa hayat kita ini). Ketika bangsa Yakjuj dan Makjuj
telah memunculkan dirinya, dunia ketika itu dikatakan baru sahaja hampir
pulih daripada kesan tanda kiamat besar yang pertama iaitu kemunculan
asap dukhan yang menyelubungi timur dan barat bumi. Asap itu dikatakan
akan mengakibatkan orang kafir (tidak berpuasa dan solat) boleh
menghidapi penyakit radang manakala orang yang beriman (yang bersolat
dan selalu berpuasa) pula hanya menghidapi penyakit selsema sahaja. Asap
dukhan itu dikatakan akan menyelubungi bumi dalam tempoh masa yang agak
lama, kemungkinan besar asap itu datangnya dari meteor yang akan
terhempas ke bumi (wallahualam).
Menurut
sumber rujukan, pada akhir zaman kelak segala kecanggihan teknologi
akan musnah sama sekali. Segalanya adalah berpunca daripada kesan asap
dukhan yang menyelubungi dunia ketika itu (tanda kiamat yang pertama)
dan orang kafir pula banyak yang akan mati akibat dari perperangan,
wabak penyakit serta kebuluran. Asap
dukhan itu dipercayai akan merosakkan segala hasil pertanian dan
penternakan sedikit demi sedikit sehinggalah menjadi kurang! Ini
adalah kerana, asap dukhan itu akan menghasilkan hujan asid yang
berlarutan sehingga membawa kepada ketandusan dunia. Lihatlah hadis di
bawah ini:
“Tidak
akan datang hari kiamat sehingga hujan turun secara merata kepada
manusia tetapi bumi tidak menumbuhkan tumbuhan sama sekali” (Musnad
Ahmad 3:140)
|
Pada
zaman akan datang, segala kecanggihan teknologi dikatakan akan lumpuh
lalu kehidupan manusia kembali semula menjadi masyarakat di zaman dahulu
kala (zaman Rasulullah saw). |
Kenapa Yakjuj Dan Makjuj Terselamat Dari Malapetaka?
Menurut
sumber rujukan, Yakjuj dan Makjuj sebenarnya telah lama terbebas di
muka bumi ini (wallahualam). Mereka terdiri daripada suku bangsa
Scythian iaitu suku kaum di Mongolia (Xiongnu, Mongol dan Tartar) dan
juga suku kaum di wilayah selatan Russia (Khazar, Aryanomad, Hun Alan).
Mungkin orang akan tertanya-tanya iaitu kenapa pada waktu ini masyarakat
di sana tidak sedikit pun membuat kekacauan terhadap dunia? Menurut
pendapat para pengkaji Islam, Yakjuj dan Makjuj sebenarnya adalah
manusia biasa (cucu-cicit Nabi Adam) maka sudah tentu ianya tidak adil
jika Allah swt menjadikan mereka seperti haiwan tetapi di akhirat nanti
mereka akan dihukum seperti manusia lain. Jadi kesimpulannya, kehidupan
Yakjuj dan Makjuj pada masa kini adalah sama sahaja seperti kita iaitu
mempunyai pegangan agama, patuh pada undang-undang negara dan
sebagainya.
Untuk
pengatahuan semua, masyarakat Mongol dan Khazar (Yakjuj dan Makjuj)
sejak turun temurun lagi mengamalkan corak pemakanan yang amat bebas.
Mereka akan makan apa sahaja yang mereka mahu seperti ulat, anjing,
kucing, labah-labah, katak, ular, kura-kura, daun pokok, usus beruang
dan lain-lain (sumber: National Geographic). Kesan daripada corak
pemakanan bebas yang diamalkan oleh bangsa ini telah menyebabkan keadaan
mereka menjadi agak berlainan sedikit berbanding bangsa-bangsa yang
lain. Sifat mereka dikatakan agak sensitif dan tubuh badan mereka pula
jauh lebih kuat berbanding bangsa lain tetapi mudah dihinggapi penyakit.
|
Salah satu corak pemakanan bebas yang diamalkan oleh bangsa-bangsa di asia tengah |
Lihatlah
semasa wabak penyalit H1N1 dan SARS melanda dunia suatu ketika dahulu,
negara merekalah yang paling ramai terkena jangkitan! Amalan pemakanan
bebas ini telah mengakibatkan sistem keimunan tubuh mereka menjadi
sangat-sangat lemah. Selain bangsa Mongol dan Khazar, mungkin terdapat
banyak lagi bangsa lain yang mengamalkan corak pemakanan bebas contohnya
seperti masyarakat di Papua New Guinea, Vietnam, Kemboja, Indonesia,
China dan lain-lain. Akan tetapi, pada masa akan datang mungkin mereka
akan mati akibat keracunan asap dukhan atau mungkin Imam Mahdi telah
mengislamkan mereka (wallahualam). Pernahkah anda terfikir bagaimanakah
keadaan bangsa Khazar dan Mongol (Yakjuj dan Makjuj) apabila dilanda
masalah kebuluran?
Keluarnya Yakjuj Dan Makjuj Membawa Kemusnahan Yang Dashyat!
Ketika
asap dukhan (tanda kiamat yang pertama) sedang melanda dunia,
masyarakat dikatakan akan mengalami masalah kebuluran yang amat
kriktikal tetapi mereka dapat menghadapinya dengan baik namun berbeza
pula dengan kaum Khazar dan Mongol, mereka dikatakan akan menjadi sangat
ganas dan dashyat lalu mereka mengamalkan semula cara
hidup kuno mereka iaitu Nomad Gasar seperti merompak dan membunuh!
Setelah sumber makanan mereka telah kehabisan, maka bermulalah episod
huru-hara yang maha dashyat! Mereka dikatakan akan berkumpul
beramai-ramai lalu memanjat tembok-tembok semula jadi ciptaan Allah swt
yang merupakan banjaran-banjaran tinggi. Dari situ, mereka akan meluru
turun di dalam keadaan lapar dan dahaga terus menunju ke Tasik Tiberia
di Palestin lalu meminumnya sehingga kering.
|
Tasik Tiberia di Palestin yang dikatakan akan diminum oleh bangsa Yakjuj dan Makjuj sehingga kering |
Ketika
Yakjuj dan Makjuj sedang melakukan kemusnahan yang dashyat di muka bumi
ini seperti membaham binatang liar, binatang ternakan, manusia,
serangga, tumbuh-tumbuhan, memusnahkan bandar-bandar, meminum air
tasik/sungai sehingga kering, membuang air kecil/besar merata-rata,
penduduk di dunia dikatakan tidak mampu untuk melawan mereka. Terlalu
ramai penduduk yang telah terkorban ketika berperang dengan mereka. Kaum
muslimin ketika itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah berkurung di
dalam rumah sahaja di samping berdoa dan bertawakal tanpa henti.
|
Kekuatan bangsa Yakjuj dan Makjuj sangatlah luar biasa sehinggakan Nabi Isa sendiri pun tidak mampu menghadapinya |
Pada
waktu itu, negara China dan India dikatakan telah pun hancur dimamah
Yakjuj dan Makjuj. Sebelum Yakjuj dan Makjuj tiba di timur tengah, Nabi
Isa mendapat laporan daripada kaum muslimin bahawa negeri mereka telah
pun dihancurkan oleh mereka. Setelah mendengar laporan itu, Nabi Isa
a.s segera memohon petunjuk dari Allah swt lalu Allah swt memerintahkan
Nabi Isa a.s supaya bersegera membawa kaum muslimin berlindung di Bukit
Tursina, Mesir. Kemudian Nabi Isa a.s memohon lagi pertolongan daripada
Allah swt agar seluruh umat Islam dilindungi dari kejahatan Yakjuj dan
Makjuj lalu Allah swt menghantar binatang merayap (iaitu sejenis virus
berbentuk ulat) untuk menyerang leher dan belakang mereka sehingglah
keseluruhan bangsa itu binasa dan mati.
|
Bukit Tursina, Mesir yang dikatakan sebagai tempat persembunyian Nabi Isa dan kaum muslimin di bawah perintah Allah |
Menurut
pendapat para pengkaji Islam, binatang merayap yang dimaksudkan itu
adalah sejenis virus yang boleh berjangkit. Ia dipercayai datangnya
dari corak pemakanan bebas yang diamalkan oleh bangsa Yakjuj dan Makjuj
seperti memakan daging mentah serta minum air sungai. Untuk membersihkan
bangkai Yakjuj dan Makjuj yang bergelimpangan di sana-sini, lalu Allah
swt menghantar burung bersaiz unta untuk membawa bangkai tesebut ke
daerah yang diperintahkan-Nya. Kemudian Allah swt telah menurunkan hujan
yang amat lebat membasahi keseluruhan tempat sehingga bumi menjadi
benar-benar bersih seperti kilauan cermin (putih seperti pasir pantai).
Maka setelah itu, bumi dikatakan akan kembali menjadi subur dan
menghijau. Nabi Isa a.s pula dikatakan akan memerintah dunia selama 40
tahun sehingga aman dan makmur dan beliau sempat menjalani ibadat haji dan umrah sebelum beliau wafat.
|
Para
pengakaji Islam percaya bahawa 'ulat merayap' yang akan menyerang leher
dan belakang Yakjuj dan Makjuj itu merupakan sejenis virus atau
bakteria yang mudah berjangkit. |
|
Bangkai Yakjuj dan Makjuj yang bergelimpangan akan dibersihkan sendiri oleh Allah swt melalui burung dan hujan lebat |
Maka dengan itu, diisytiharkan bahawa tamatlah segala episod mengenai
Yakjuj dan Makjuj. Segala kebenarannya hanya Allah swt sahaja yang maha
mengatahui. Jika diberi kesempatan, insyaallah saya akan update lagi
entri-entri yang menakjubkan khas buat anda semua. Segala kebenaran
datangnya dari Allah swt, manakala sebarang kesilapan datangnya dari
diri saya sendiri.